Friday, 7 August 2015

28.5.2010: Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. (lagi..?!)

Terbang buat kali kedua ke Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Kembali untuk menikmati keindahan dan kemeriahan di Langkawi Permata Kedah...

Percutian kali ini Faris ditemani Fauzan, yang berusia 7 bulan.

AlhamduliLLah... Mendarat dengan selamat dan cuaca yang cerah. Apa-apa pun...ada kesempatan, bergambar dengan pesawat di kawasan 'airside'.


 Cable Car. Sasaran halatuju utama hari kedua ialah ke Oriental Village di Teluk Burau. Kali ini bekeras dan tekad untuk capai hajat menaiki 'cable car'. Beratur dengan sabar dalam keriuhan pengunjung yang menunggu giliran. Dan akhirnya..... AlhamduliLLah ;)





Pemandangan yang indah dari stesen 'cable car' di Gunung Machinchang. 



Puas berlegar-legar dan bergambar di puncak Gunung Machinchang dan kembali turun. Bersiar-siar di sekitar Oriental Village. Seterusnya, waktu petang menuju ke Awana Porto Malai. 



Tuesday, 24 February 2015

1.5.2009: Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Pertama kali 'terbang' ke Pulau Langkawi, Kedah dengan penerbangan AirAsia. Percutian 3H2M bersama isteri dan anak tersayang.
.

Menginap di chalet sekitar Pantai Cenang. Menikmati keindahan dan keriuhan pelbagai aktiviti  di pantai.


Suasana waktu senja sekitar Pantai Tengah, Langkawi. UnderWater World Langkawi, dapat jugak masuk dan tengok-tengok hidupan laut kat dalam tue.



Sempat berkunjung ke stesen Cable Car tapi belum berjaya dapat naik sebab pengunjung dah beratur panjang. Segan nak beratur sama, jadi lain kali pulak :)


Cukup 2 malam berada di Pulau Langkawi (tapi rasa tak cukup. hehe), masa dah tiba untuk pulang ke tanah besar semenanjung. Keriangan terpancar dari wajah Faris yang baru berusia 10bulan. Selamat tinggal Langkawi, berjumpa lagi nanti...



Monday, 23 February 2015

Anak-anak...cahayamata anugerah Ilahi

7.7.2007 -
Menamatkan zaman bujang dan mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan hati.

7.7.2008 -
Sempena ulangtahun perkahwinan, menyambut kelahiran cahayamata yang pertama pada hari Isnin jam 10:43 pagi di Hospital Ampang, Selangor. Bayi laki2, berat 2.55kg. AlhamduliLLah..

11.10.2009 -
Di hari ulangtahun lahir, dikurniakan cahayamata yang kedua pada hari Ahad jam 06:17 pagi Hospital Ampang, Selangor. Juga bayi laki2, 3.94kg. AlhamduliLLah..

17.12.2011 - 
Hari Sabtu jam 06:16 petang, menyambut kelahiran cahayamata yang ketiga. Bayi perempuan, berat 3.67kg. Lokasi Hospital Ampang, Selangor. AlhamduliLLah.. 

23.4.2014 - 
Menyambut kelahiran cahayamata yang keempat, hari Rabu jam 10:30 pagi di Hospital Ampang, Selangor. Bayi laki2, berat 3.66kg. AlhamduliLLah...